CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Double Celebration B'day & Anniv. yg ke 12








17/10 genap usia suami ku 39 thn...huhuhu....39 dah rupa2nya...semoga abg dimurahkan rezeki & akan terus menyayangi kami semua...

18/10 pula genap 12 thn aku berumahtangga dgn suami tersayang di samping 4 org cahayamata yg cukup ceria & penuh dugaan didlm membesarkan mereka...harap2 berbalas lah balik semuanynya...x byk sikit pun jadilah

terima kasih buat abg kerana sudi menerima diri ini seadanya, bersabar sentiasa & yg penting terus menyanyangi kami semua...semoga segala susah payah, pahit manis yg pernah kita hadapi akan dpt diharungi bersama...

x ada yg special cukup sekadar mkn2 bersama keluarga dirumah...yg penting apa menu yg terhidang yg bisa menambat hati seisi keluarga kalau bkn ketam cili api, ayam grg & kangkung grg belacan...hehehe...sejuk hati tgk mereka mkn bersungguh2 semlm...

Titanic - My heart will go on

My love song special dedicated to my love hubby... sayang abg selalu...


17/10/71

PhotobucketHappy birthday my dear...doa ayg semoga abg akan berjaya dan dimurahkan rezeki selalu. Beroleh kesihatan yg berpanjangan hendaknya...

Thn ni genap usia abg 38thn. Cukup 38thn dapat anak baru....hehehe...sebenarnya aku nk cerita pasal angka 7 dlm hidup suami aku. Emm...dia kata no 7 is lucky number utk dia. Mungkin kebetulan. Kalau dilihat dr angka tarikh lahir dia pun mmg unik & menarik himpunan angka 7..hehehe...

Mari aku listkan satu persatu yg aku tahu aku semenjak mengenali dirinya 12 tahun yg lalu.

1. Dilahirkan pd 17/10/71
2. Mempunyai 7 org adik beradik
3. Mengenali aku pada thn 1997
4. Berkahwin dgn aku pd usianya genap 27 thn. Kira hadiah b'day le tu
5. Berkahwin dgn aku yg merupakan anak ke-7 dari 9 org adik beradik
6. Memiliki cahaya mata pertama pd 29/7/99
7. Plat kereta wira nya yg pertama WFL 7516
8. Anniversary yg ke-10 pd usianya 37thn
9. Beli rumah kebetulan no rumah 57
10. Beli kereta waja pun no WLP 5887
11. Kereta cik ct keluar bln 7
12. Anak kedua pun lahir bulan 7
13. No phone yg mula2 013-3406007 (no james bond)
14. No phone smp sekarang 013-6015887
15. Anak ke-4 pun lahir pd bln 7
16. Dapat beli rumah yg cukup selesa ketika berusia 37 tahun
17. Phone baru dia register no nya 013-2875887
18. Arwah ibunya pun meninggal pada bln 7
19. Kete baru Viva no WTH 9727 (yg ni mmg aku belikan utk dia - 97 thn dia mengenali ku, 27 usia dia menamatkan zaman bujangnya)
20. Kebetulan no. tel. office aku pun 03-72027110 (7110 - thn & bulan dia dilahirkan) ...hehe...byk btl kebetulannya


emmm...apa lg yek peristiwa2 no 7...emm...nti difikirkan & di kemaskinikan...ehehe..
itu lah dia istimewanya angka 7 dimata suami ku.

Photobucket

Version 4

Tu muka dia...comelkan? Ni baru 25W3D dan berat dia cuma 901g pada 4/5/09. Dr. kata berat dia ok & normal. Alhamdulilallah.

Emm..semlm g checkup. Checkup bby kt Putra Medical Ctr. Dekat, sng & yg pastinya semua kakitangan dr tukang sapu, security sampai ke doktor semua Melayu & Islam...hehehe...lagi pun dh tgk kos dia x mahal sgt...msh harga patut...bukan kedekut tp mcm tu le gak...hahaha...

Dulu pernah bersalin kt sini sekali, bersalinkan adik (no3) so ok le. Doktor dia mmg friendly & baik2...esp Dr. Zarul yg masa tu menyambut kelahiran adik...tqvm Dr.Zarul. Now adik dh besar dh 5 thn, after 5 yrs Dr.Zarul msh x berubah, msh mcm tu juga (awet muda) hahaha...jgn marah ye dear.



Mcm rutin biasa buat checkup timbang berat, ambil blood preasure, test air kencing, scan & kali ni kena injection kancing gg. Aiseyman....kat punggung le plak, nasib baik Dr. pompuan yg check...hehehe...

Emm...adik & abg termasuk aku teruja kali ni masa scan, apa taknya sbbnya bila scan tu nmpk btl clear muka, hidung, mulut, pipi bby, Dr. siap ckp, 'tgk tu muka bby awak, nmpk mcm tembam' hehehe...masa Dr. tgh scan bby x duduk diam asyik bergerak2 jek. Dr. mention 'emm..perut awak nipis, saya nk scan x susah letak jek trs nmpk, tgk saya blh rasa dia gerak2'. Aku senyum aje...

Dan yg paling best masa 1'st time abah ikut buat checkup Dr. inform "It's a boy" senyum meleret aku & abah...amin...mudah2an...ada lah kwn utk zikry nanti...

Berita gembira






Emmm..happy betul aku...saat yg aku tunggu2 selama hampir 5 thn menjadi kenyataan. Aku rasa 2 minggu kebelakangan ni mcm lain mcm jek. Tekak ni rasa mcm semacam jek. Jeng...jeng...guess what. Tekaan aku betul...alhamdulilallah...rezeki namanya. aku dh buat test sdn...hehehe...tak sabar punya pasal. Resultnya +ve. Seronoknya...rasa nak menangis (mmg menangis pun) ada. Aku bg tau suami ku. Dia punya le happy. Dia kata mcm nk dpt 1'st bby le plak. Ye lah apa taknya hampir 5 thn baru nk dpt org baru. Sapa tak excited kan...hehehe...

Anak2 pun aku dh bg tau. Dia org semua happy & masing2 dh berangan2 nak bby apa. Adik le plg excited siap kata 'ibu, adik nak bby piece (dia x reti nk sebut dua) sambil tunjuk jari dia. hehehe...ada2 aje msg2 ni...mudah2an kali ni dpt bby boy, dpt le kawan utk zikry.
Tak sangka plak abg nk beri lg bunga sbg tanda tahniah...so lovely...hehehe...

Kawan-kawan lama Dorm 3 SMVP,JB

Emmmmm...... lama dah rasanya tak menulis. Maklumlah bulan lepas (bln 10) sibuk sikit dng kerja, business & puasa. Ni baru ada kesempatan nak menulis (menaip). Syoknya bila dpt bersembang dng kwn2 lama. Esp kwn2 masa sek. menengah dulu.

Faiz, Hahlina & Pye. Dulu kami satu dorm masa form 4 tp bila naik form 5 semua dah kena pecah dorm. Maka terpisahlah kami. Bila dpt tahu e-mail msg2 apa lg mulahlah buka cerita lama. Mana2 cerita dulu yg x tahu semua dah tahu. Msg2 dah bekeluarga & beranak pinak. Tp yg plg ramai aku le. Ialah org lain masih belajo aku dah sibuk nak kahwin. Tak pe lah, rezeki masing-masig.

Tapi syg le sbb si Hahlina tu terpelanting kat JB, yg kami bertiga kat KL, so bila nak jumpa payah le. Ingat nak buat reunion tp bukannya senang. Ingat nak masukkan iklan dlm paper tp x dpt feedback dr sister inlaw lg le brp price nya. Tentu happening & gamat kalau kami semua dpt berkumpul semula. Lebih2 lg bila msg2 bw family sdn. Tak dpt dibayangkan

Nanti le, kalau dpt ctc dia org semua baru blh nak plan macam2.


hah, ini le kekawan Ina

bermula dari kiri Mimah, Pye, Normah, Maz, Nani, Azie, Dila, Salha, Tipah, Paiz, Cartoon, Raja, Sarina, Ujie, Saedah, Gaga, Hahlina & Qireen (tak da dlm gambar)
Ini lah yg Ina tgh cari, setakat ni baru 4 org aje yg dpt dicari.

Hari pertama

Hai! hari ini merupakan hari pertama saya belajar mencuba membuat blog sendiri. Selama ni cuma tahu, dengar & baca dari kawan-kawan. Tapi hari ni nak cuba sendiri. Tapi tak pasti apa yang akan jadi nanti.
Sebelum itu suka saya ucapkan selamat datang ke blog pertama saya. Salam perkenalan untuk kenalan baru & pembaca semua. Laman ni saya cuba wujudkan sekadar ingin mengisi masa yang terluang.
Hari ini sama macam hari-hari biasa. Pergi kerja dengan hubby. Tapi hari ni agak lewat sampai ke office. Biasalah jalan KL ni mana ada yang tak sesak. Kalau tak sesak tu macam ada perkara pelik je yang telah berlaku.
Mujurlah pagi ni Najwa (anak sulung saya) bangun pagi tak buat hal. Selalunya bila bangun dia pasti akan menangis. Entahlah. Sedangkan telah hampir setahun dia bersekolah tadika di Tadika Ummi Bistari, Kota Damansara. Tapi boleh dikatakan hampir setiap pagi bila bangun dia pasti akan merengek menangis. Itu belum campur Zikry (anak kedua) saya buka radio dia (menangis sama). Budak-budak, kadangkala hilang juga sabar saya bila hari-hari menangis. Nasib tak baik sampai nursery pun dia masih menangis lagi. Yang hairannya kawan-kawan dia tidak pula.
Hari ni Zikry tak tidur dirumah, malam tadi dia tidur di rumah kakak saya. Anak-anak saya kakak saya yang jaga (Zikry & Khayrin). Sebabnya masa saya sampai dia masih lagi tidur di dalam buai. Malas pula nak dikejut takut mengamuk sebab baru je tidur. Mereka semua memanggil makcik mereka dengan panggilan "MAK" hinggakan kadangkala saya & hubby turut memanggilnya "MAK". Tujuannya untuk melatih mereka.
Eeeeemmmmmmm........... saya ada kerja yang perlu diselesaikan dulu. Nanti saya sambung lagi.

hah! inilah zikry dan najwa