CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label special day. Show all posts
Showing posts with label special day. Show all posts

Raya Puasa 09



Lama betul rasanya tak update kat sini. Apa taknya dh asyik & sibuk mengupdate dlm fb aje. tu pasal le kt sini dh jd hang..

Tahun ni raya agak meriah sikit. Maklum le setelas 2 thn tak dpt rasa sama-sama akhirnya thn ni dpt raya sbg satu family yg lengkap tambah2 plak dgn kehadiran org baru. Lagi lah meriah & kecoh.

Alhamdulilallah raya ngam2 dh abis hari kalau tak nmpknya tak beraya lah lagi. So this yr sambut raya kt Temerloh then baru blk ke JB. Mcm2 menu dibuat tp lupa nk snap. Yg pastinya tak tinggal lemang & ketupat.

Selamat hari bapa








Emm..lama tak update, asyik sibuk melayan FB aje sampai terlupa nk update kt sini...heheehe...biasa le tu...

ok...cerita psl hari bapa. Emm..thn ni hari bapa clash plak dgn jadual kelas. So tak ada agenda istimewa yg dapat dirancangkan. Ada tak ada ibu ajak abah & anak2 pg carrefour makan2...itu aje lah yg mampu dibuat. Apa taknya kelas ibu abis kul 2.30pm...badan pun dh letih, perut dh lapar. so g mkn le tmp yg terbaik...

Mcm biasa pg kt RASAMAS, sbb dh tau sure anak2 ibu akan makan kalau g sana. Zikry mcmbiasa le fav. food dia nasi ayam, abis 1 pinggan nasi ayam dia mkn. Tak cukup dgn tu ditambah plak dgn semangkuk sup cendawan + air coke. Sudahnya lepas mkn kekenyangan & sakit perut.

Adik plak cuma nk mkn ayam goreng tp ok le abis semua licin di makannya. Ibu, abah & kakak mkn apa yg ada...hehehe...lps tu pusing2 kejap dlm Carre4 just for window shopping. Sempat gak belikan kain utk buat baju adik & buat bengkung ibu..

Sampai rmh msg2 dh lepak penat...Selamat hari bapa buat abg kerana sudi menjadi bapa pada anak2 kita. Love u & sayang selalu. Teringat zaman kecik2 dulu mana le tau apa tu hari bapa. Tahhu & kenal hari bapa tpnya abah dh tak ada. So hanya doa aje yg mampu diberikan. Terima kasih juga buat arwah abah yg telah mendidik cikna selama ni...sayang & rindu abah selalu. Walaupun abah garang (biasa le kecik2 mmg nakal) tp bila dh jd ibu ni baru tau & sedar kalau abah tak garang & bertegas dulu rasanya cikna x akan jd manusia yg sempurna...miss u so much..al-fatihah buat arwah abah.

Pada yg msh ada abah tu take care & sayangi lah dia selalu. Garang & bengis seorg abah tu sbnrnya ingin menjadikan anaknya seorang manusia yg benar2 bernama manusia & muslim...

Today is my day...25/3/09




Emmm....pg ni bangun mcm biasa. Zikry di kejut pun x seliat mcm selalu. Celik2 mata terus dia ckp 'ibu hari ni besday ibu kan, ibu tak nak dgr abg menangiskan?'...hehehe...ingat pun dia. Bila ibu remindkan anak2 ibu lg 2 hari besday ibu msg2 tanya 'ibu nak hadiah apa dr kita org?'. Ibu kata 'ala, hadiah dr anak2 ibu pun duit ibu gak, x pe le ibu tak nak hadiah apa2 dr anak2 ibu cuma ibu nak satu hari jek anak2 ibu tak bergaduh, tak menangis & tak merajuk. Itu pun ibu rasa dh cukup sbg hadiah utk ibu'...

Alhamdulillalh....zikry pg ni tak buat perangai mcm selalu2. Cuma adik msh tak makan saman, melalak x nak mandi & pegi sek. Walhal hari ni last day exam. Puas le bonda memujuk & mandikan. Dah smp sek tak nak turun plak...ades...

Mlm td adik & bonda buat surprise bg hadiah kt ibu....hehehe...org 1'st yg bg. Pagi td kakak plak hulurkan hadiah & b'day card. Abah plak bg satu 'kiss' hehehehe....Zikry tak sabar2 nk suruh ibu buka hadiah dr abah & adik...tq semuanya..

Adik & bonda bg ibu 3 biji mangkuk aiskrim. Nampak gaya blk ni kena beli aiskrim dlm mangkuk le...abah plak...hehehe....bg new handbag kaler hitam kat ibu....ibu kata tq 'handbag' lg...abah kata 'emmm....x tau dh nak bg ayg apa...pakai je le, semua ayg dh ada'...x kisah lah, tu tak penting janji ingatan pun dh cukup buat ibu...

Mlm ni ingat nk kuar mkn dgn family & bonda cuma belum decide lg nk g mkn kt mana.Ptg ni ingat nk timeoff...nk g window shopping kt JJ OU jap...cuci2 mata...

Happy B'day Ina 25/3/05

emmm......lama rasanya x menulis dlm blog ni, maklum le lately ni sibuk sikit. Byk hal yg nak kena diuruskan. Hal rumah, anak2, keje bla, bla, bla. Ni pun ada masa curi2 kejap. Cerita terbaru? apa ya?
Hah! 25/3/05 yg lepas genap umur Ina 29 thn, cam x caya jek. Dah tua pun rupanya.... tp rasanya dr 7 thn dah hidup bersama dgn abg thn ni cukup istimewa. Maklum le thn ni buat pertama kalinya Ina dpt hadiah yg cukup istimewa & best dr abg. Nak tahu apa? Abg ajak pegi ke Pangkor, berdua jek.... anak2 tinggal. Konon2nya nak honeymoon 1'st time. Maklum le dulu tak sempat nak honeymoon dah dpt litter moon plak. Cadangnya mcm tu le, tp hati ibu mana yg senang nak tinggalkan anaknya lebih2 lg bila tahu baby demam, so bw le gak Kahyrin sbb dia kurang sihat, Najwa & Zikry tinggal dgn kakak.....
On the dy tu pg2 lg dah terima delivery dr abg. So nice, flower with balloon & kek. Tp sayangnya kek tu dia punya cream kopi, so x dpt le makan, cuma rasa sikit jek. Anyway thanx my dear hubby.... sungguh x sangka. So azam dah genap 29 ni nak berubah sikit, x mahu selalu marah2 esp. dgn abg. Ialah dah meningkat le umur katakan. Tp dgn kids tetap cam singa betina lepas beranak, masing2 semakin lasak & menjadi2. So hari tu potong & celebrate ngan kengkawan opis je le, lps tu Ina beli le pizza utk dia org. Esoknya pula baru le abg ajak makan dgn kids kat Big Plate, Shah Alam....
Thanx my dear & my family.....
HAPPY BIRTHDAY TO ME 25/3/05 29 YRS

Happy Anniversary 6'

Emmmm......... Hari ni genaplah usia perkhawinan kami 6 tahun. Kejap aje. Pejam celik, pejam celik dah pun 6 tahun. Semoga ikatan perkahwinan ini & kasih sayang kita akan terus mekar & berkekalan hingga ke akhir hayat kita & berbahagia disamping anak-anak. Semoga hanya ajal & maut sahaja yg dapat memisahkan kita.


Pagi ni terlepas lagi sahur. Mungkin disebabkan mengantuk sangat jd jam bunyi pun tak sedar. Sedar tak sedar pun sbb Khayrin menangis nak menyusu. Tengok-tengok jam dah pukul 5.15am. Nak makan apa? sempat minum susu ajelah. Adus!....... sakitnya kepala ku. Ingatkan nak MC hari ni sbb sakit sangat kepala ni. Tp Abg kata tak payah lah MC atau Cuti sbb nanti tak surprise. Ya, ya je suani saya ni.

Tapi saya pergi juga ke klinik, ambik ubat selsema semua & krim untuk Zikry. Cuma dapat time slip, segan pulak nak minta MC. Lewat sikit ke pejabat.

Sampai ofis baru nak ON PC, reception bawah call suruh turun. Apahal lah plak. Dia kata ' kak ni ada barang'. Apalah pulak. Alamah surprisenya, Abg deliver bunga untuk saya. Huh! tak sangka sungguh, terharu pun ada. Sedozen ros pich. Warna favourite saya, TQVM my dear. Tak sangka pula Abg nak beri delivery pulak. Selalunya Abg akan beri sdn dr kedai. Tp thn ni lain pula. Selama 2 thn berturut-turut saya delivery untuk abg sbb B'day & Anniversary sama hanya beza sehari. Ialah sapa lg yg nak beri kalau bukan isteri sdn. Cuma thn ni saya tak delivery sbb bulan puasa dan saya dah belikan video camera untuk kegunaan bersama (itupun guna kad kredit saya, janji belikan). Jd tak payahlah untuk tahun ni.


Walau apapun, terima kasih banyak-banyak sbb Abg tak lupa. Semoga kasih kita kan terus segar & mekar seperti bunga yg abg beri. Walaupun nanti bunga itu akan layu tp tak bermakna kasih sayang Ayang pada Abg juga akan layu. Namun ia akan tetap mekar di dalam jiwa.


HAPPY ANNIVERSARY!

Happy Birthday Yg Ke 33

Happy Birthday My Dear Hubby yg ke 33. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, terus berbahagia disamping Ayang & anak-anak. Semoga tercapai apa yg dicita-citakan.


Tiada majlis yg istimewa diadakan memandangkan tahun ni jatuh dalam bulan Puasa. Hanya sekeping kad ucapan & pemberian yg tak seberapa sahaja yg sempat saya berikan buat suami tercinta. Tapi kami sempat juga meraikannya bersama keluarga Hubby sebab kami sempat balik ke Temerloh untuk berbuka bersama. Najwalah org yg paling sibuk. Bukan sibuk apa, sibuk bertanya mana keknya. Maaflah kakak. ibu terlupa nak beli.


Kami bertolak dari Temerloh selepas waktu berbuka lebih kurang jam 9pm. Emmmm.......... gelap sungguh cuaca malam ni. Maklumlah lepas hujan. Belum sampai Mentakab Abg dah mengantuk. Sampai Lanchang Najwa & Zikry sibuk nak buang air. Mujur Khayrin dah tidur. Sampai Bentong Kak Lang (adik ipar) telefon beritahu jalan h/way Karak jam teruk sbb hanya selorong jalan shj yg dibuka. Meter minyak dah menyala. Mujurlah kami belum terlepas simpang ke Bentong. Apalagi, kami pun melemcong masuk ke Bentong sbb takut minyak habis.


Arrrghhhh......... Apalah hal plak Petronas Bentong ni tutup. Jam baru pukul 10pm lebih. Emm........ kena jalan jauh sikit le jawabnya. Mujur di tengah pekan Bentong ada stesen Shell. Abg tanya, nak ikut jln lama ke baru. Kalau baru sure tempoh jam & kalau jln lama tak jumpa jam & jimat 1 tol. Saya kata trylah jln lama. Tp, alamak........ scary nya jalan ni. Sunyi & gelap. Maklumlah jln lama & tak ramai yg nak menggunakannya. Tp mengenangkan jln jam & abg dah mengantuk kami beranikan juga. Sempat saya berdoa semoga selamat perjalanan kami sekeluarga. Jarak untuk ke Janda Baik tak lah jauh sangat cuma 25km je. Tp disebabkan keadaan yg sunyi, gelap & tiada kenderaan lain menyebabkan kami rasa lama & jauh.


Huh! lega rasanya apabila dipertengahan jalan ada kawan (kenderaan lain). Kami hanya sempat berselisih dengan sebuah lori minyak & sebuah kereta Kancil. Selebihnya hanya kepekatan mlm. Alhamdullilah, selamat juga akhirnya. Bila sampai Janda Baik baru rasa lega yg teramat sangat. Maklumlah, hari mlm lepas hujan, jln sunyi, signal phone tak ada pulaknya. Macam dlm cerita-cerita pulak bila nampak tempat terang rasa happy sakan.

Budak-budak masih tidur lagi. Kami berhenti rehat sebentar di R&R Gombak sbb Abg belum sembahyang lagi. Tol Gombak agak sesak mungkin disebabkan ramai yg mengambik kesempatan pulang ke kampung. Jam dah pukul 12.00pm. Happy Anniversary pulak Abg.