CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Salam Aidil Adha dr DSH

Salam Aidil Adha buat semua. Raya Korban thn ni btl2 cukup bermakna buat aku sekeluarga. Apa taknya betul2 aku sefamily berkorban sakan. Tp bukan berkorban unta ke, lembu ke, kerbau ke. Tapi berkorban masa & perasaan. Ialah kita mampu merancang tp Allah jua yg menentukan.

Dah seminggu zikry demam, aku siap warning dia kata 'abg mesti sihat sbl hari sabtu or ahad kalau x kita x blh blk temerloh sambut raya'.Emm....masin mulut aku. Jumaat 5/12/08 tu aku x sedap hati bawa zikry ke klinik buat blood test. Tgh tu dpt result doc. kata darah dia ada virus...sudah..doc. suggest refer to hosp.Emmm...esoknya 6/12/08 aku pun buat appointment ke DSH. Doc.Pakar kanak2 Dr. Musa tgk lbh kurang trs dia kata admit. Ya Allah...emmm...betul sangkaan aku. Zikry bila dgr kena tahan dh melalak2 bagan. Adus...

Apa lg aku le yg jd mangsanya. Mujur le bdk2 semua aku bw. org pertama yg aku inform bonda & baru suamiku...emmm...kita raya kat sepital le zikry nampaknya. Mmg betul pun. Raya kat sepital le aku sefamily...bdk2 apa yg dia org tahu. Malahan masing2 suka sbb aku ambik single bed so semua anak2 aku berkg kt DSH. Dia org kata 'ibu best lah bilik ni mcm kt hotel cuma tak ada kolam'. Sabo je le...Betul2 berkorban segalanya. Plak tu suami aku x dpt balik...emmm...kdg2 mlm2 tu meleleh gak airmata kenangkan suami yg jauh dgn anak2 tak sihat. Tak apa lah, semuanya tentu ada hikmahnya. Diam tak diam 4 hari gak le zikry stay kay hotel DSH...hehehe...pengalaman & kenangan yg cukup bermakna.

Dr. Musa kata dia bkn demam denggi sbb platlet darah dia ok...cuma ada jangkiran virus dlm darah. Syukur le x bergitu merbahaya. 3 hari le gak masuk antibiotik baru le dia ok. Kalau x tu bila masuk jek pukul 7pm dia pun mula le panas bdn & muntah2.Alhamdulliallah....semuanya dh back to normal.

TQVM to all nurses & Dr. Musa