CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Happy Anniversary 6'

Emmmm......... Hari ni genaplah usia perkhawinan kami 6 tahun. Kejap aje. Pejam celik, pejam celik dah pun 6 tahun. Semoga ikatan perkahwinan ini & kasih sayang kita akan terus mekar & berkekalan hingga ke akhir hayat kita & berbahagia disamping anak-anak. Semoga hanya ajal & maut sahaja yg dapat memisahkan kita.


Pagi ni terlepas lagi sahur. Mungkin disebabkan mengantuk sangat jd jam bunyi pun tak sedar. Sedar tak sedar pun sbb Khayrin menangis nak menyusu. Tengok-tengok jam dah pukul 5.15am. Nak makan apa? sempat minum susu ajelah. Adus!....... sakitnya kepala ku. Ingatkan nak MC hari ni sbb sakit sangat kepala ni. Tp Abg kata tak payah lah MC atau Cuti sbb nanti tak surprise. Ya, ya je suani saya ni.

Tapi saya pergi juga ke klinik, ambik ubat selsema semua & krim untuk Zikry. Cuma dapat time slip, segan pulak nak minta MC. Lewat sikit ke pejabat.

Sampai ofis baru nak ON PC, reception bawah call suruh turun. Apahal lah plak. Dia kata ' kak ni ada barang'. Apalah pulak. Alamah surprisenya, Abg deliver bunga untuk saya. Huh! tak sangka sungguh, terharu pun ada. Sedozen ros pich. Warna favourite saya, TQVM my dear. Tak sangka pula Abg nak beri delivery pulak. Selalunya Abg akan beri sdn dr kedai. Tp thn ni lain pula. Selama 2 thn berturut-turut saya delivery untuk abg sbb B'day & Anniversary sama hanya beza sehari. Ialah sapa lg yg nak beri kalau bukan isteri sdn. Cuma thn ni saya tak delivery sbb bulan puasa dan saya dah belikan video camera untuk kegunaan bersama (itupun guna kad kredit saya, janji belikan). Jd tak payahlah untuk tahun ni.


Walau apapun, terima kasih banyak-banyak sbb Abg tak lupa. Semoga kasih kita kan terus segar & mekar seperti bunga yg abg beri. Walaupun nanti bunga itu akan layu tp tak bermakna kasih sayang Ayang pada Abg juga akan layu. Namun ia akan tetap mekar di dalam jiwa.


HAPPY ANNIVERSARY!

Happy Birthday Yg Ke 33

Happy Birthday My Dear Hubby yg ke 33. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, terus berbahagia disamping Ayang & anak-anak. Semoga tercapai apa yg dicita-citakan.


Tiada majlis yg istimewa diadakan memandangkan tahun ni jatuh dalam bulan Puasa. Hanya sekeping kad ucapan & pemberian yg tak seberapa sahaja yg sempat saya berikan buat suami tercinta. Tapi kami sempat juga meraikannya bersama keluarga Hubby sebab kami sempat balik ke Temerloh untuk berbuka bersama. Najwalah org yg paling sibuk. Bukan sibuk apa, sibuk bertanya mana keknya. Maaflah kakak. ibu terlupa nak beli.


Kami bertolak dari Temerloh selepas waktu berbuka lebih kurang jam 9pm. Emmmm.......... gelap sungguh cuaca malam ni. Maklumlah lepas hujan. Belum sampai Mentakab Abg dah mengantuk. Sampai Lanchang Najwa & Zikry sibuk nak buang air. Mujur Khayrin dah tidur. Sampai Bentong Kak Lang (adik ipar) telefon beritahu jalan h/way Karak jam teruk sbb hanya selorong jalan shj yg dibuka. Meter minyak dah menyala. Mujurlah kami belum terlepas simpang ke Bentong. Apalagi, kami pun melemcong masuk ke Bentong sbb takut minyak habis.


Arrrghhhh......... Apalah hal plak Petronas Bentong ni tutup. Jam baru pukul 10pm lebih. Emm........ kena jalan jauh sikit le jawabnya. Mujur di tengah pekan Bentong ada stesen Shell. Abg tanya, nak ikut jln lama ke baru. Kalau baru sure tempoh jam & kalau jln lama tak jumpa jam & jimat 1 tol. Saya kata trylah jln lama. Tp, alamak........ scary nya jalan ni. Sunyi & gelap. Maklumlah jln lama & tak ramai yg nak menggunakannya. Tp mengenangkan jln jam & abg dah mengantuk kami beranikan juga. Sempat saya berdoa semoga selamat perjalanan kami sekeluarga. Jarak untuk ke Janda Baik tak lah jauh sangat cuma 25km je. Tp disebabkan keadaan yg sunyi, gelap & tiada kenderaan lain menyebabkan kami rasa lama & jauh.


Huh! lega rasanya apabila dipertengahan jalan ada kawan (kenderaan lain). Kami hanya sempat berselisih dengan sebuah lori minyak & sebuah kereta Kancil. Selebihnya hanya kepekatan mlm. Alhamdullilah, selamat juga akhirnya. Bila sampai Janda Baik baru rasa lega yg teramat sangat. Maklumlah, hari mlm lepas hujan, jln sunyi, signal phone tak ada pulaknya. Macam dlm cerita-cerita pulak bila nampak tempat terang rasa happy sakan.

Budak-budak masih tidur lagi. Kami berhenti rehat sebentar di R&R Gombak sbb Abg belum sembahyang lagi. Tol Gombak agak sesak mungkin disebabkan ramai yg mengambik kesempatan pulang ke kampung. Jam dah pukul 12.00pm. Happy Anniversary pulak Abg.

Penat Berjalan

Ahad 10/10/04 ada perjumpaan untuk staff 013. Saja kami buat perjumpaan utk meraikan staff yg akan meninggalkan Celcom. Majlis diadakan di perkarangan Istana Budaya. Majlis habis awal tapi kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk berjalan ke KL. Bukan kemana pun, setakat pergi ke Pertama Comp. itu pun sebab nak mencari video camera. Saya yang berkeras nak beli. Hubby terpaksa ikutkan aje sebabnya saya yang nak bayar (guna credit card). Alamak pecah dah lubang yg saya dah ada credit card. Ingat nak rahsiakan dr hubby.
Lepas tu kami pun balik memandangkan anak-anak semua dah penat dan meragam (mengantuk). Lagipun hubby nak pergi kerja semula pukul 4.00pm nanti. Itu pun sebelum ke Istana Budaya dia sempat singgah site prblm di UM untuk isi minyak dlm genset.
Masuk sahaja dlm kereta masing-masing dah pengsan. Penat sangat agaknya. Sampai rumah still tak jaga lagi. Apa lagi saya pun cepat-cepat capai basikal terus ke kedai beli sayur dll. Takut mlm nanti tak sempat nak masak.
Hubby blk awal juga tp mlmnya kena kaluar sekali lagi tp kali ni dibawanya Zikry sekali sbb saya nak berkemas dirumah. Maklumlah time hujung minggu je baru ada masa nak mengemas rumah. Sampai pukul 2.00am lebih baru saya siap. Siap bersihkan peti ais sekali. Itu pun sbb ada air mirinda merah tumpah, kalau tak rasanya tak berelaplah jawabnya. Hubby plak blm balik-balik lg tp sbl tu dia dah hantar Zikry blk dulu.
Najwa pun sama tak reti-reti nak tidur, alasannya kata nak tidur sama dng ibu. Sudahnya dia terlelap dilantai bawah buaian Zikry. Alamak! air apa plak ni. Lah hai! Najwa dah kencing dlm seluar. Ish! betul le budak ni. Satu kerja lg, kena lap pulak lantai.
Hai! inilah keja ibu, tak ada habisnya............

Walker Baru Khayrin

Semalam balik dari kerja lepas ambil budak-budak terus singgah kedai belikan walker baru untuk khayrin. Sebabnya dia dah mula bosan asyik terbaring & tiarap. Lagi satu dia tu agak kecil, so nak masukkan dlm walker mcm kesian pulak. Masa kat kedai try masukkan pun tak habis tarik. separuh je walker tu naik. kalau naik abis jawabnya tergantung le kaki si Khayrin tu. Tp yg syoknya bukan Khayrin yg beria-ia tp si Zikry & Najwa pula.
Biasalah bila dah masuk kedai tu mcm-mcm pula halnya. Najwa dah mula merengek nak minta beli motor kecil yg menggunakan kuasa bateri. Si Zikry pula nak basikal. Emmm..... buat tak faham ajelah. Boleh pula si Najwa cakap "asyik-asyik adik aje, kakak tak ada pun. Adik tak payah lah beli, adik beli baju & kasut aje. Kakaklah pulak". Nasib le Zikry blm pandai lagi cakap macam tu
Lepas tu kami singgah sembahyang Maghrib di masjid Sg. Buloh. Apa lagi, Zikry & Najwa pun round satu masjid. Mujurlah Khayrin tak bising, dapatlah sembahyang terus sbb hubby pun nak sembahyang, malas nak tunggu-tunggu dia. Takut lambat. Lepas sembahyang kami pun pegi makan di Restoran Antara. Kira-kiranya tempat makan yg best kalau kat Sg Buloh tu. Harga berpatutan & rasanya pun boleh tahan. Paling tidak sebulan mesti sekali kami sekeluarga makan di sini.
Najwa & Zikry mcm biasa mesti makan mee sup. Menu wajib kalau makan diluar. Sebabnya kalau dibeli benda lain sure punya dia orang tak akan makan. Bersemangat Najwa & Zikry makan. Khayrin pun tumpang sama. Khayrin beri apa pun dia makan.
Lepas makan terus balik. Khayrin dah mengantuk sbb memang dah time dia tidur. Najwa mandi pekena sebotol susu selamat sampai ke bulan. Zikry yg masih bertahan. Dia ni selagi saya & hubby tak tidur jangan harap dia nak tidur. Mlm td pukul 1 pg baru dia tidur sebabnya dia menunggu saya mengemas kain baju. Hubby pula keluar (s/by site down) ada doket.
Emmm...... dah pukul 1240, time to lunch.

Bosannya menunggu

Emmm..... semua orang dah balik. Abg belum sampai lagi. Katanya jalan jem. Dengar dlm radio ERA tadi pun memang ada kata yg Federal H/way jalan sesak. Hai! Agaknya ada gajah putih kena langgar kot. Biasalah petang-petang ni Federal H/way tu. Mana tak pernahnya jem.
Semalam dapat CD dr Sony, Cd masa Birthday Najwa di Mc'D Kota D'sara. Suka Najwa tengok. Tapi pendek sangat. Tak palah janji free. Ada juga kenangan untuk simpanan. Lambat betul BonusLink ni. Ina tebus kipas remote KDK dah hampir sebulan baru dia hantar. Itu pun selepas ditelefon berkali-kali. Tp yang sukanya bukan budak-budak kat rumah tu. Anak-anak buah sebelah rumah yg sibuk bertanya pd abah dia orang. Boleh dia tanya "mak, cikna nak pasang kipas angin tu kat rumah nanti tak tercabut ke bumbung dia?". Kakak saya senyum aje, "Cikna bukan nak pasang kat rumah sini, dia nak pasang kat rumah baru nanti". Barulah anak-anak dia senyap. Budak-budak, adatlah tu.
Biasanya kalau pukul 6 tak sampai nursery lagi Najwa mesti dah buat muka sedih. Walaupun dia belum tahu tengok jam, tp macam dah boleh set time. Mulalah masuk kereta nanti dia tanya itu dan ini. Nasib tak baik sampai aje tengok dia dah hujan lebat (menangis). Itulah dia anak sulung Ina. Kuat merajuk. Macam Ina masa kecik-kecik dulu. Nak marah pun tak boleh. Tapi kadangkala angin juga.
Emmm.......hari ni nak masak apa ya? Peti ais dah lama kosong. Biasanya Ina akan berbelanja di Pasar Borong Selayang. Murah sikit kalau nak dibandingkan dengan harga di pasar atau pasar malam. Tengoklah, kalau abg nak pergi, sabtu ni boleh lah pergi pasar borong. Belanja apa-apa yang patut. Masak sardin ajelah.
Tapi kesina juga tengok Najwa, biasanya bila balik dia akan terus tertidur dalam kereta. Biasanya tak sempat nak makan malam. Paling kuat dia minum sebotol susu. Kadangkala risau juga sbb badan dia kecil kalau nak dibandingkan dengan usianya 5 thn. Beratnya baru 15kg. Zikry yg 2thn pun dah 12kg. Makan pulak tu memilih. Lauk tak makan, yang dimakannya sayur-sayuran aje. Tapi kalau sup cendawan dalam tin atau sup Pizza cukup suka. Cuma takut nak beri hari-hari sbb dia masih kecil lagi.
Abg masih belum sampai lg. Kejap lagi sampai lah tu kot.

Hari pertama

Hai! hari ini merupakan hari pertama saya belajar mencuba membuat blog sendiri. Selama ni cuma tahu, dengar & baca dari kawan-kawan. Tapi hari ni nak cuba sendiri. Tapi tak pasti apa yang akan jadi nanti.
Sebelum itu suka saya ucapkan selamat datang ke blog pertama saya. Salam perkenalan untuk kenalan baru & pembaca semua. Laman ni saya cuba wujudkan sekadar ingin mengisi masa yang terluang.
Hari ini sama macam hari-hari biasa. Pergi kerja dengan hubby. Tapi hari ni agak lewat sampai ke office. Biasalah jalan KL ni mana ada yang tak sesak. Kalau tak sesak tu macam ada perkara pelik je yang telah berlaku.
Mujurlah pagi ni Najwa (anak sulung saya) bangun pagi tak buat hal. Selalunya bila bangun dia pasti akan menangis. Entahlah. Sedangkan telah hampir setahun dia bersekolah tadika di Tadika Ummi Bistari, Kota Damansara. Tapi boleh dikatakan hampir setiap pagi bila bangun dia pasti akan merengek menangis. Itu belum campur Zikry (anak kedua) saya buka radio dia (menangis sama). Budak-budak, kadangkala hilang juga sabar saya bila hari-hari menangis. Nasib tak baik sampai nursery pun dia masih menangis lagi. Yang hairannya kawan-kawan dia tidak pula.
Hari ni Zikry tak tidur dirumah, malam tadi dia tidur di rumah kakak saya. Anak-anak saya kakak saya yang jaga (Zikry & Khayrin). Sebabnya masa saya sampai dia masih lagi tidur di dalam buai. Malas pula nak dikejut takut mengamuk sebab baru je tidur. Mereka semua memanggil makcik mereka dengan panggilan "MAK" hinggakan kadangkala saya & hubby turut memanggilnya "MAK". Tujuannya untuk melatih mereka.
Eeeeemmmmmmm........... saya ada kerja yang perlu diselesaikan dulu. Nanti saya sambung lagi.

hah! inilah zikry dan najwa