CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nice Articel

Hari ni belek punya belek email, ada daoat email dr kwn yg bertarikh 23/1/09, bertajuk 'WANITA'. Email ni aku blm buka lg...tengoklah kejap cerita pasal apa...emm...petikan yg menarik :

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya dari Tuhannya dia mengetahui...
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannyadan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
Kau tahu: " Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
....Setiap Wanita itu Cantik... "aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu ~imam nawawi"

Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009




Produk Ana Muslim



26/1/09 baru ni ibu gagahkan diri pg ke Festival Pembangunan Eko. Islam 2009 yg diadakan di Mid Valley. Walaupun bdn ada goyang tp ibu kuatkan semangat gak. Bonda le yg jd mangsa kena drive pegi dan balik. Kalau suruh ibu jawabnya ada yg ke hospital nanti, hehehe...Alhamdulillallah kita org kuar awal so senang lah cari parking kt Mid Valley tu. Kalau tak paham-paham aje lah. Just nice kita org park terus smp tmp yg dituju.

Huh! ramainya org...kepala ibu dh mula pusing. Hajat utama ibu ke sini sbnrnya nak tengok produk Permata Hijrah. Sebabnya ibu ada dgr pasal promo. produk ni dr radio IKIM. Mcm menarik & bagus. Terutama utk org mcm ibu ni yg memerlukan sokongan & bantuan 'cerminmata'. Hehehehe....why not try kalau blh mengurangkan sikit 'power' cerminmata ibu ni. Lg pun produk ni 100% bumiputera & org Islam Kelantan. Selain tu dia pun ada gak produk utk resdung. Ye le resdung ibu ni pun kira tahap 'dewa' gak...

Tp bila smp kat situ, ya Allah...org punya lah ramai. Naik jam dibuatnya. Nak ambik pamplet pun bukan main payah. Last2 ibu tak jd beli sbb bknnya nmpk produk tp nmpk kepala & bdn org aje. Kepala & bdn ibu pun dh naik goyang2. Tak pe lah. Nampak gaya ibu kena pegi stokis dia aje lah. Lagi2 buat ramai org sbb dia ada tayangkan video yg Tn. Guru Nik Aziz pun berubat dgn Permata Hijrah ni. Lg le org berpusu2 nak tgk & mencuba. Lagi pun price dia not bad, pd ibu harga patut dlm keadaan ekonomi sekarang ni. Kalau mmg berkesan bagus gak. Blh kurangkan budget buat cerminmata setiap tahun :)

Tapi dlm pada tu sempat gak le membeli itu dan ini. Bonda plak terjumpa satu peluang bizz yg agak bagus & menarik. Ibu pun tak tau kalau bkn Najwa yg bg tau. Produk 'ANA MUSLIM'..emm..menarik utk kanak2. Macam2 ada dr pakaian smp ke bag sekolah. Harga pun boleh tahan & mampu utk dimiliki. Bonda try usha2 kalau nk jd agen dia. Memang dialu-alukan & modal permulaan dia tak le terlalu besar. Emm...ye lah, dari asyik nak beli brg2 Disney aje baik mulakan dr yg local.

Lepas puas meronda g le Food Court sebab perut dah berlagu sayang. Tp suma makanan tu hanya enak di mata tp bukan ditekak atau di perut. Zikry pun ckp 'ibu kenapa nasi ayam dia lain, x best lah, abg tak abis, tak apakan? Allah marah tak?...hehehe....Khayrin plak beria2 nak chicken chop...emm...mcm tu le...nasib baik Najwa abis mkn laksa penang dia. Mula2 tu dia complaint gak 'ibu kenapa laksa dia ni masam sgt, ada nenas plak tu'...ada2 aje anak2 ibu ni. Ibu beli yee mee sup...emm...mcm tu le. Bonda plak beli popia basah, bonda kata beli kt p.mlm lg best...hhahaha...

Zikry dh tak sabar dh mcm cacing kepanasan sbb hajat blm sampai. Dr rumah dia dh buat reminder kata nk beli kasut. Sudahnya suma beli kasut dr Khayrin smp le Najwa, padahal yg berhajat mulanya cuma zikry...biasa le dia org tu...

Cuti Tahun Baru Cina



Cuti hjg minggu yang panjang. 4 hari tu bersambung dengan cuti Tahun Baru Cina. Emm...jwbnya jadi ayam berak kapur lg lah ibu...itu le...kalau org suka cuti tp ibu semenjak 2 menjak ni jd fobia bila ingatkan psl cuti. Bukannya apa sbb kalau cuti jwbnya ibu mmg tak boleh nak buat apa selain celik mata kejap lps tu merayap pg ke matahari...hehehe....

Mama Lin & family dgn maktok katanya nak datang sbb nak ke Kedah jmp Mimah @ hantar kete Mimah. Hari Sabtu tu ibu paksa juga bonda pegi pasar borong. Nak tak nak bonda kena pegi gak. Ibu gagahkan diri le drive & tunggu bonda belanja. Nak suruh ibu yg masuk dlm pasar borong tu rasannya mau ibu pengsan kt situ gak...ehhehe...blk tu bonda le yg settle kan semuanya. Ibu bau pun dh loya & memeningkan. Tp ibu gagahkan diri le gak mengemas rumah sakan. Siap vacum tu maklum le ada org nk dtg. Kul 3pm baru siap suma. Lepas mkn & mandi ibu, adik & abg suma pengsan naik matahari. Sakitnya pinggul ibu...sedo2 kul 4pm sayup2 dgr suara maktom beri salam. Dh sampai pun. Nak tak nak kena le bgn gak. Mujur bonda dh masak suma...so mkn je le..

Mlm tu lepas maghrib ibu dh terbaring. Sakit betul kepala. Minta maktok tlg picit kepala tp msh tak ok lg...pekena panadol baru lega. Bgn2 tgk maktok dh siap goreng ikan & buat pecal.Huh! berselera ibu mkn. Tp tak lama, tak sampai setengah jam ibu makan 'brak...' kuar blk sumanya...emmm...x pe le dpt gak rasa sedap kt tekak tu w.pun tak dpt simpan lama dlm perut. Lps tu...emmm..layan le bantal...nasib le tetamu ye, tuan rumah tgh mcm nni...

Esoknya maktok le masak suma, mama lin tlg kemas2 rmh. Ibu dh terbaring je. Mcm2 maktok masak, ada mee goreng, kuew teaw goreng, tomyam, sambal goreng jawa. Huh! menariknya. Tp ibu makan biskut aje, try gak rasa sikit mee goreng tu...'brak..' kuar blk..emm...Layan dirilah tetamu ye...

Harga Ikan Yg Perlu Dibayar

Photobucket Entah le..nama jek harga minyak petrol dh turun. Tapi rasanya harga brg2 kt market msh mcm tu gak. Ada yg makin naik gak. Kalau sbl ni harga sebantal roti kismis jenama Gardenia tu baru RM3.80. Tapi Ahad lepas aku beli dh naik RM4.00, terkejut gak. Rasanya mcm baru jek aku beli roti tu...Ni dgr2 berita lps Tahun Baru Cina harga gula plak nk naik. Siap le sure suma harga makanan akan hampir sama dgn harga segram emas...masak le jawabnya.

Cite pasal harga brg ni ada satu kejadian yg menyentuh hati aku. Semalam aku pg ke pasar malam Paya Jaras. Biasa le hajat nk beli putu mayam & kebab. Tergerak hati nk tgk harga ikan sbb sbl ni kakak aku kata harga ikan 'cun' sgt sampaikan dia tak jadi beli. Aku pun pusing2 tgk2 ikan2 tu. Tanya harga sekg sotong yg besar2 2 jari aku ni...tu dia...sekg dh $13...beli le gak sbb kakak aku kata dh tak ada lauk kt rumah.

Sementara nk tunggu mamat tu bungkus aku punya sotong, adalah dtg sorg minah indon ni. Aku tgk dia tanya harga ikan kerisi sekg brp. Mamat tu kata RM11. Aku tgk ikan kerisi tu cuma sebesar 3 jari aku jek...besar sikit dr sotong ni. Anak2 kerisi le mcm nya. Aku perasan duit kt tgn minah indon ni cuma ada RM10 sekeping & beberapa keping duit RM1. Aku perhatikan aje minah indon ni sbb dia berdiri btl2 sebelah aku. Kesian pun ada, sambil dia tgk ikan tu dia tgk plak duit kat tgn dia...kesiannya...tp aku pun x blh nk tlg apa sbb duit kat tgn aku pun cuma tinggal RM10, makanan blm beli lg...

Just imagine kita kt tmp dia. Tentu mcm2 yg bermain dlm kepala. Emmm...teruk btl ekonomi skrg ni....Agaknya dia fikir apa yg dpt dibeli dgn duit yg tak seberapa ditangan. Bersyukurlah bg kita yg masih mampu & masih ada pekerjaan...

Buat Duit

(yang ni hasil kerja aku)
Pagi ni aku tgk gmail aku ada satu email yg menarik tgn aku utk tgk. Bila masuk link yg diberikan aku tersenyum sdn. Emm...mcm2 cara org guna utk cari duit. Cuma rajin, nak dgn tak nak aje berusaha utk mendapatkannya...Mungkin kt Malaysia ni cara mcm ni blm begitu popular sgt. Tapi kalau search dlm google tu perkataan 'free scrapbook', pilih aje yg mana satu nak...

hehehe....tp utk aku cuma suka2 aje...kepuasan diri..terpulang pd individu tu sdn nak mengolahnya...tak kisah & tak salah..bagus juga idea dia utk mencari peluang kerjaya yg baru. Good luck utk pemilik blog...moga bizz. terus maju...







(idea menjana duit-good luck)

Kali kedua....

Emmm....semlm balik awal sebab Najwa tak ada sapa nk ambik dia dr sek agama. Ish! betul le cik.XXX ni..org dah bayar tu ambik aje lah. Tak kira lah cuma sorang ke dua org yg sek. Dah t/jawab dia kena lah ambik apa guna kita bayar upah. Emm...dh banyak kali mcm ni. Sabo aje lah..so semlm aku balik awal le, boleh lah rehat sikit.

Eh! dah pukul 7.00pm ni, mana lah plak zikry ni tak sampai2. Hujan lebat plak kat luar tu. "Kakak, pegi tunggu abg kt hjg blok, tgk dia dh blk ke blm". Tp dlm hati ni mcm tak sedap jek. Aku dh mcm blh mengagak peristiwa hari kedua sek. berlaku lg. Kononnya baru nk masuk mandi, bawa le phone takut2 bunyi nanti aku tak dengar. Emmm....hati ibu, mmg tepat jangkaan aku...molek2 lps gosok gigi jek phone bunyi. Tgk no. aku tak kenal. Jauh suara seorang perempuan. "Hello, saya cikgu dr sek. subang bistari, ini ibu zakwan ke? anak puan ada kat sek. lg ni dia dah terlepas van, tengah menangis, tapi saya tak lalu jalan ke sana'...emmm...zikry2...sempat gak aku berterima kasih pd cikgu tu lupa plak nak tanya nama dia sapa. Aku pesan suruh zikry tunggu di pondok pengawal.

Mcm lipas aku sambar kunci kereta. Manalah plak kakak & adik ni. Emmm....hujan lebat btl, najwa heran knp tiba aku keluar bw kereta. Aku ckp yg zikry tertinggal van. Mcm biasa najwa membebel mcm mak nenek. tp aku pesan 'nanti jmp abg jgn marah dia, kang dia melalak susah plak'.

Smp sek tgk muka dh seposen...tanpa byk tanya dia pun naik le kereta. Aku tgk ada sorg anak opismate aku bukan maik syok main hujan. Hati ni mcm tak sedap, aku pusing blk turun tanya pd dia. Emmm...kes sama mcm zikry. Tp yg ni lg best abg ada tp abg blh tinggal dia. Mak dia pun x tau yg dia kena tinggal van. Ish! ish!...kalau kena culik x ke menaya. Kalau aku x jmp entah kul brp le dia tu nk blk. Aku pun ajak le dia blk sama, call mak dia hampir 10x tak berangkat. Agak dah ni sure kes phone dlm bag. Kalau ada urgent tak ke menyusahkan & membahayakan. Smp rmh opismate aku tu aku tgk bibik dia dh tunggu dpm pintu. Aku call lg tp msh x berangkat. Smp aku kerumah pun msh dia tak angkat...tub2 dia call blk. Aku pun lecture le kjp dia...hehehe..rupa2nya dia kata anak dia kata si adik keluar kelas lambat.emmm...btl le si abg ni.

Zik plak aku x banyak tanya, nanti marah & tanya lbh2 lain plak jdnya. Cuma aku pesan lain kali make sure jgn berlaku lagi. Aku pun heran knp le cik.XXX (drive yg sama menghantar najwa ke sek agama) ni tak reti nk call aku. Tak kenal ke atau dia x kira brp budak yg ada. Sekurang2nya call le tanya 'awak ada ambik anak awak ke sbb td dia x naik van sama'..hampeh tul..apa le, kita dah mengamanahkan kat dia mcm ni plak jdnya. Mungkin salah anak aku gak tp dia tu sbg org yg diamanahkan tak blh perihatin sikit ke? bukannya free, bayar tu...

Zikry-zikry...lps ni tak x tau lah apa lg...Photobucket

Hujung minggu yang panjang

25/12/08 yg lepas merupakan weekend yg cukup menyeksakan aku. Apa taknya cuti 5 hari aku habiskan hanya di atas katil rumah shj. Emmm....ni semua gara-gara 'buatan oranglah'...ialah...dh lama sangat rehat. Hampir 5 thn rehat, hah! rasakan skrg...hehehehe...

Paling kesian dekat budak2 lah. Apa taknya makan, minum,pakai semua dh tak terjaga & terurus sangat. Mujurlah Bonda ada blh gak tlg2 apa yg patut. Apa taknya nak buka mata & angkat kepala pun tak larat. Berapa lama lah nk mcm ni.

Emm...tp kali ni mmg cukup mencabar bagi aku. Tak mcm yg 3 lepas-lepas. Kalau yg 3 lepas dlm masa2 mcm ni aku cukup ghairah & rancak ke dapur. Tp kali ni dapur lah zon larangan bagi aku. Apa taknya bkn shj bau bawang, bau nasi dlm periuk, bau org menumis, bau org menggoreng semua dh cukup membuatkan aku x blh nk bgn dr tmp tidur. Sampaikan anakku dh pandai komen 'apa lah ibu ni, ni kan bedak baby & shampoo bby yg ibu beli'. Ialah sampaikan bau bedak pun aku dh naik pening. Minyak wangi yg jd teman aku ke pejabat dulu pun skrg aku rasa cukup memeningkan kepala aku...emmm....ada2 aje...

Harap2 perkara mcm ni x lama lah berlarutan. Tapi kalau ikutkan ni baru masuk 2 bln ada lg 1 bln...ooo...seksanya..nk mkn pun aku terpaksa memilih. Jgn kan kata masak kari segala mcm masakan yg berunsurkan lemak & berempah tumis bagan aku x blh nk telan. Jimat kos mkn yg berunsur sup2 & tom yam aje lah....hehehehhe....