CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jalan-jalan ke Cameron 26/3/06


assalammualaikum!
lamanya tak melawat blog ni. Bukan apa asyik sibuk update kat fotopages smp lupa kat sini. Emmm... ni kenangan sekeluarga tp semua mcm tak get ready aje. Benonya si zikry tu baru lepas menangis. Biasalah anak bujang sorang yg manja & cengeng ni lain mcm sikit. Tak kena gaya sikit mulalah nak menangis, sampai mati akal kadangkala tu dibuatnya.

Kali ni ke Cameron atas sbb b'day sdn on 25/3/06. Abg saja ajak tidur sana semlm pun jadilah. Pegi dgn anak-anak & kakak sekali. Saja lg pun last pegi masa tu thn 2003. Rasanya dah tak berapa sejuk dah cuma petang tu sebab lepas hujan rasalah sejuk sikit. Bila dah siang tu mcm biasa aje. Bila panas sikit tu berpeluh le juga.

Yang paling best Bonda (gelaran untuk kakak yg jg bebudak ni) entah kenapa masa naik ke Cameron dan turun abis pakat muntah. Non stop, just imagine pegi balik. Mau terkeluar isi perut dibuatnya. Entahlah tak tahan jalan berliku-liku kot. Yg seronok anak-anaklah. Maklum le dia org ni pantang diajak tidur hotel, mcm tak pernah tidur hotel. Padahal dah selalu sgt. Happy le kot sbb dpt berjln.

Happy B'day Ina 25/3/05

emmm......lama rasanya x menulis dlm blog ni, maklum le lately ni sibuk sikit. Byk hal yg nak kena diuruskan. Hal rumah, anak2, keje bla, bla, bla. Ni pun ada masa curi2 kejap. Cerita terbaru? apa ya?
Hah! 25/3/05 yg lepas genap umur Ina 29 thn, cam x caya jek. Dah tua pun rupanya.... tp rasanya dr 7 thn dah hidup bersama dgn abg thn ni cukup istimewa. Maklum le thn ni buat pertama kalinya Ina dpt hadiah yg cukup istimewa & best dr abg. Nak tahu apa? Abg ajak pegi ke Pangkor, berdua jek.... anak2 tinggal. Konon2nya nak honeymoon 1'st time. Maklum le dulu tak sempat nak honeymoon dah dpt litter moon plak. Cadangnya mcm tu le, tp hati ibu mana yg senang nak tinggalkan anaknya lebih2 lg bila tahu baby demam, so bw le gak Kahyrin sbb dia kurang sihat, Najwa & Zikry tinggal dgn kakak.....
On the dy tu pg2 lg dah terima delivery dr abg. So nice, flower with balloon & kek. Tp sayangnya kek tu dia punya cream kopi, so x dpt le makan, cuma rasa sikit jek. Anyway thanx my dear hubby.... sungguh x sangka. So azam dah genap 29 ni nak berubah sikit, x mahu selalu marah2 esp. dgn abg. Ialah dah meningkat le umur katakan. Tp dgn kids tetap cam singa betina lepas beranak, masing2 semakin lasak & menjadi2. So hari tu potong & celebrate ngan kengkawan opis je le, lps tu Ina beli le pizza utk dia org. Esoknya pula baru le abg ajak makan dgn kids kat Big Plate, Shah Alam....
Thanx my dear & my family.....
HAPPY BIRTHDAY TO ME 25/3/05 29 YRS

Kawan-kawan lama Dorm 3 SMVP,JB

Emmmmm...... lama dah rasanya tak menulis. Maklumlah bulan lepas (bln 10) sibuk sikit dng kerja, business & puasa. Ni baru ada kesempatan nak menulis (menaip). Syoknya bila dpt bersembang dng kwn2 lama. Esp kwn2 masa sek. menengah dulu.

Faiz, Hahlina & Pye. Dulu kami satu dorm masa form 4 tp bila naik form 5 semua dah kena pecah dorm. Maka terpisahlah kami. Bila dpt tahu e-mail msg2 apa lg mulahlah buka cerita lama. Mana2 cerita dulu yg x tahu semua dah tahu. Msg2 dah bekeluarga & beranak pinak. Tp yg plg ramai aku le. Ialah org lain masih belajo aku dah sibuk nak kahwin. Tak pe lah, rezeki masing-masig.

Tapi syg le sbb si Hahlina tu terpelanting kat JB, yg kami bertiga kat KL, so bila nak jumpa payah le. Ingat nak buat reunion tp bukannya senang. Ingat nak masukkan iklan dlm paper tp x dpt feedback dr sister inlaw lg le brp price nya. Tentu happening & gamat kalau kami semua dpt berkumpul semula. Lebih2 lg bila msg2 bw family sdn. Tak dpt dibayangkan

Nanti le, kalau dpt ctc dia org semua baru blh nak plan macam2.


hah, ini le kekawan Ina

bermula dari kiri Mimah, Pye, Normah, Maz, Nani, Azie, Dila, Salha, Tipah, Paiz, Cartoon, Raja, Sarina, Ujie, Saedah, Gaga, Hahlina & Qireen (tak da dlm gambar)
Ini lah yg Ina tgh cari, setakat ni baru 4 org aje yg dpt dicari.