CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Happy Anniversary 6'

Emmmm......... Hari ni genaplah usia perkhawinan kami 6 tahun. Kejap aje. Pejam celik, pejam celik dah pun 6 tahun. Semoga ikatan perkahwinan ini & kasih sayang kita akan terus mekar & berkekalan hingga ke akhir hayat kita & berbahagia disamping anak-anak. Semoga hanya ajal & maut sahaja yg dapat memisahkan kita.


Pagi ni terlepas lagi sahur. Mungkin disebabkan mengantuk sangat jd jam bunyi pun tak sedar. Sedar tak sedar pun sbb Khayrin menangis nak menyusu. Tengok-tengok jam dah pukul 5.15am. Nak makan apa? sempat minum susu ajelah. Adus!....... sakitnya kepala ku. Ingatkan nak MC hari ni sbb sakit sangat kepala ni. Tp Abg kata tak payah lah MC atau Cuti sbb nanti tak surprise. Ya, ya je suani saya ni.

Tapi saya pergi juga ke klinik, ambik ubat selsema semua & krim untuk Zikry. Cuma dapat time slip, segan pulak nak minta MC. Lewat sikit ke pejabat.

Sampai ofis baru nak ON PC, reception bawah call suruh turun. Apahal lah plak. Dia kata ' kak ni ada barang'. Apalah pulak. Alamah surprisenya, Abg deliver bunga untuk saya. Huh! tak sangka sungguh, terharu pun ada. Sedozen ros pich. Warna favourite saya, TQVM my dear. Tak sangka pula Abg nak beri delivery pulak. Selalunya Abg akan beri sdn dr kedai. Tp thn ni lain pula. Selama 2 thn berturut-turut saya delivery untuk abg sbb B'day & Anniversary sama hanya beza sehari. Ialah sapa lg yg nak beri kalau bukan isteri sdn. Cuma thn ni saya tak delivery sbb bulan puasa dan saya dah belikan video camera untuk kegunaan bersama (itupun guna kad kredit saya, janji belikan). Jd tak payahlah untuk tahun ni.


Walau apapun, terima kasih banyak-banyak sbb Abg tak lupa. Semoga kasih kita kan terus segar & mekar seperti bunga yg abg beri. Walaupun nanti bunga itu akan layu tp tak bermakna kasih sayang Ayang pada Abg juga akan layu. Namun ia akan tetap mekar di dalam jiwa.


HAPPY ANNIVERSARY!

0 comments: