CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Happy Birthday Yg Ke 33

Happy Birthday My Dear Hubby yg ke 33. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, terus berbahagia disamping Ayang & anak-anak. Semoga tercapai apa yg dicita-citakan.


Tiada majlis yg istimewa diadakan memandangkan tahun ni jatuh dalam bulan Puasa. Hanya sekeping kad ucapan & pemberian yg tak seberapa sahaja yg sempat saya berikan buat suami tercinta. Tapi kami sempat juga meraikannya bersama keluarga Hubby sebab kami sempat balik ke Temerloh untuk berbuka bersama. Najwalah org yg paling sibuk. Bukan sibuk apa, sibuk bertanya mana keknya. Maaflah kakak. ibu terlupa nak beli.


Kami bertolak dari Temerloh selepas waktu berbuka lebih kurang jam 9pm. Emmmm.......... gelap sungguh cuaca malam ni. Maklumlah lepas hujan. Belum sampai Mentakab Abg dah mengantuk. Sampai Lanchang Najwa & Zikry sibuk nak buang air. Mujur Khayrin dah tidur. Sampai Bentong Kak Lang (adik ipar) telefon beritahu jalan h/way Karak jam teruk sbb hanya selorong jalan shj yg dibuka. Meter minyak dah menyala. Mujurlah kami belum terlepas simpang ke Bentong. Apalagi, kami pun melemcong masuk ke Bentong sbb takut minyak habis.


Arrrghhhh......... Apalah hal plak Petronas Bentong ni tutup. Jam baru pukul 10pm lebih. Emm........ kena jalan jauh sikit le jawabnya. Mujur di tengah pekan Bentong ada stesen Shell. Abg tanya, nak ikut jln lama ke baru. Kalau baru sure tempoh jam & kalau jln lama tak jumpa jam & jimat 1 tol. Saya kata trylah jln lama. Tp, alamak........ scary nya jalan ni. Sunyi & gelap. Maklumlah jln lama & tak ramai yg nak menggunakannya. Tp mengenangkan jln jam & abg dah mengantuk kami beranikan juga. Sempat saya berdoa semoga selamat perjalanan kami sekeluarga. Jarak untuk ke Janda Baik tak lah jauh sangat cuma 25km je. Tp disebabkan keadaan yg sunyi, gelap & tiada kenderaan lain menyebabkan kami rasa lama & jauh.


Huh! lega rasanya apabila dipertengahan jalan ada kawan (kenderaan lain). Kami hanya sempat berselisih dengan sebuah lori minyak & sebuah kereta Kancil. Selebihnya hanya kepekatan mlm. Alhamdullilah, selamat juga akhirnya. Bila sampai Janda Baik baru rasa lega yg teramat sangat. Maklumlah, hari mlm lepas hujan, jln sunyi, signal phone tak ada pulaknya. Macam dlm cerita-cerita pulak bila nampak tempat terang rasa happy sakan.

Budak-budak masih tidur lagi. Kami berhenti rehat sebentar di R&R Gombak sbb Abg belum sembahyang lagi. Tol Gombak agak sesak mungkin disebabkan ramai yg mengambik kesempatan pulang ke kampung. Jam dah pukul 12.00pm. Happy Anniversary pulak Abg.

0 comments: