CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Bosannya menunggu

Emmm..... semua orang dah balik. Abg belum sampai lagi. Katanya jalan jem. Dengar dlm radio ERA tadi pun memang ada kata yg Federal H/way jalan sesak. Hai! Agaknya ada gajah putih kena langgar kot. Biasalah petang-petang ni Federal H/way tu. Mana tak pernahnya jem.
Semalam dapat CD dr Sony, Cd masa Birthday Najwa di Mc'D Kota D'sara. Suka Najwa tengok. Tapi pendek sangat. Tak palah janji free. Ada juga kenangan untuk simpanan. Lambat betul BonusLink ni. Ina tebus kipas remote KDK dah hampir sebulan baru dia hantar. Itu pun selepas ditelefon berkali-kali. Tp yang sukanya bukan budak-budak kat rumah tu. Anak-anak buah sebelah rumah yg sibuk bertanya pd abah dia orang. Boleh dia tanya "mak, cikna nak pasang kipas angin tu kat rumah nanti tak tercabut ke bumbung dia?". Kakak saya senyum aje, "Cikna bukan nak pasang kat rumah sini, dia nak pasang kat rumah baru nanti". Barulah anak-anak dia senyap. Budak-budak, adatlah tu.
Biasanya kalau pukul 6 tak sampai nursery lagi Najwa mesti dah buat muka sedih. Walaupun dia belum tahu tengok jam, tp macam dah boleh set time. Mulalah masuk kereta nanti dia tanya itu dan ini. Nasib tak baik sampai aje tengok dia dah hujan lebat (menangis). Itulah dia anak sulung Ina. Kuat merajuk. Macam Ina masa kecik-kecik dulu. Nak marah pun tak boleh. Tapi kadangkala angin juga.
Emmm.......hari ni nak masak apa ya? Peti ais dah lama kosong. Biasanya Ina akan berbelanja di Pasar Borong Selayang. Murah sikit kalau nak dibandingkan dengan harga di pasar atau pasar malam. Tengoklah, kalau abg nak pergi, sabtu ni boleh lah pergi pasar borong. Belanja apa-apa yang patut. Masak sardin ajelah.
Tapi kesina juga tengok Najwa, biasanya bila balik dia akan terus tertidur dalam kereta. Biasanya tak sempat nak makan malam. Paling kuat dia minum sebotol susu. Kadangkala risau juga sbb badan dia kecil kalau nak dibandingkan dengan usianya 5 thn. Beratnya baru 15kg. Zikry yg 2thn pun dah 12kg. Makan pulak tu memilih. Lauk tak makan, yang dimakannya sayur-sayuran aje. Tapi kalau sup cendawan dalam tin atau sup Pizza cukup suka. Cuma takut nak beri hari-hari sbb dia masih kecil lagi.
Abg masih belum sampai lg. Kejap lagi sampai lah tu kot.

0 comments: